+


keep breathing

HM PR TB EX LK
dunia mendesak kita untuk berfikir
agar tidak mudah tergelincir
depressed
Thursday, 19 March 2015 | 2 Comments

Assalamualaikum

aku hairan dengan diri sendiri yang kerap bertukar template blog. Apakah jati diriku sudah hilang dibawa nafsu yg bermaharajalela? hm.


Saat ini, aku sedih dengan diri sendiri kerana gagal mengurus waktu. Cuti seminggu diberi, aku tidak memanfaatkan dengan baik sekali. Andai saat dapat diputar, akanku hargai setiap saat itu dengan penghargaan yang besar. Waktu cuti ini wajarnya aku hargai dengan berlatih bercakap arab sebagai persiapan untuk debat bahasa arab KAMIL (Kemahiran Amal Islami) anjuran JAIS dan Kalimah Sobah MISS (Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah) yang bakal menjelma tidak lama lagi.


Itulah kekecewaan yang sering kali aku tempuhi di hari-hari percutian.
Ditambah pula dengan kerja rumah yang terbiar, terperap di dalam beg sekolah  yg serba indah berwarna biru dibeli di IOI CITY MALL *ehh da kenapa
menambahkan lagi kesedihan yang sedia ada.
ku pohon doa kalian agar diberi kekuatan untuk mengurus diri dengan lebih terurus dan sistematik dalam menggalas tanggungjawab & amanah yang banyak yakni sebagai anak, kakak, rakan, pelajar, peserta, khalifah dan hamba Allah.


Labels: ,