HM
PR
TB
EX
LK
dunia mendesak kita untuk berfikir agar tidak mudah tergelincir
|
perlihatkan aku keadilan itu
Assalamualaikum
Sejak kebelakangan ini, aku sering menunggu-nunggu detik kepulanganku ke rumah. Entah mengapa...aku dijangkiti penyakit 'homesick'.Keadaan asrama & penghuni-penghuninya yang tidak begitu ku senangi menaikkan lagi keinginanku untuk pulang ke rumah. Syukur, saat ini aku sudah berada di rumah. Menatap cahaya komputer & membina kata.
Alhamdulillah, Tuhan meminjamkan aku & keluarga sebuah kediaman sementara yang cukup indah, selamat & sempurna. Kami baru sahaja menjejakkan kaki di sini lebih kurang setahun yang lalu. Aku amat menyenangi rumahku, lantaran kerana aku mempunyai bilik sendiri. Bahkan di dalam bilik tidurku ini, wujud pula bilik air yang memudahkan aku untuk membersihkan diri.
Begitulah kebahagiaan yang aku raih selama ini. Benarlah kata Rasulullah S.A.W, rumah yang luas itu merupakan satu nikmat. Lebih-lebih lagi buat mereka yang berbilang-bilang anggota keluarganya. Seperti aku.
Namun, di sebalik kebahagiaan ini, masih ada luahan-luahan derita jiran tetangga di sekeliling rumahku. Aku lihat dengan mata kepala ku sendiri, keadaan tempat kediaman jiran-jiranku. Nasib mereka tidak seelok aku. Rumahnya kecil, ruang-ruang di dalamnya kerdil. Warnanya pula pudar & tidak menarik. Tiada juga aroma indah yang dapat dihidu sebaliknya aroma punah, hancur dan derita.
Di waktu itu, otakku mula bekerja, sel-selnya saling berhubung, berikhtiar mencari jawapan untuk soalan yang berbunyi di hati
"dimanakah keadilan?"
Mengapa tidak setiap manusia diberi nikmat yang sama? dalam kuantiti yang sama? rasa bahagia yang sama rata?
Jika kehidupan adalah tentang keharmonian, keamanan, kebahagiaan mengapa masih wujud hati-hati yang cemas, derita, sedih & huru-hara? setiap saat & ketika
Ada apa sebenarnya dengan kehidupan ini?
dimanakah kebahagiaan yang sebenar? yang seharusnya dirasai oleh semua manusia?
Ahhh! buat apa pening-pening aku mencari jawapan? bukankah aku sudah ada kehidupan yang sempurna? Aku punya ibubapa tempat bergantung, kediaman yang selesa, sekolah & kawan-kawan yang menghiburkan
yang penting, kehidupanku serba lengkap! buat apa sibuk-sibuk fikir tentang hal orang lain? itu urusan mereka. Orang lain takde pula fikir!
Aku boleh sahaja tidak memikirkan semua itu, malah tidak akan ada apa-apa masalah jika aku tidak menghiraukannya.
Namun, kerana aku ini manusia. yang memiliki jantung dan hati seperti manusia yang lain. Aku mengerti perasaan mereka! Seperti ku bilang, aku juga sebuah ciptaan Tuhan. Jadi, wajarlah jika aku merasai penderitaan sehingga pening kepalaku mencari jawapan yang tidak terjawab.
bersambung..
Labels: wheres happiness

غريبة
ahlein ya hala

grateful for having eyes-even though it wasn't as dashing as this
Jika aku menulis tentang kehidupan seharianku, nescaya aku akan syok sendiri. Sudahlah diriku ini dikerumungi kelemahan, buat apa hendak dibongkar segala keaiban? Namun sudah takdir menjodohkan-aku dan blog. Lantas aku tidak mampu berpaling dari hakikat.
Menumpang syafaat teknologi, apalah salahnya aku memanfaatkan kemudahan internet ini?
Barangkali adalah kot sekumit inspirasi dari Ilahi disebalik bebelan ku ini. Pandai-pandailah anda mencari
|
keep related
thanks to technology
|
suprise?!
karya teragungku wakaka
my old templates. feel free to use
my old layouts
first
second
third
forth
|